Tuesday, May 18, 2010

Kembali untuk bermadah

Lama tidak menulis blog ni...tergerak kembali bila berjumpa kawan2 lama masa belajar dahulu..sedikit sebanyak memberi idea untuk mengerakkan kembali blog ni..Mungkin blog ini akan menjadi medan untuk mempromosi barangan yang akan den jual..hehee..Sekarang nak gunakan kemudahan yang ada, sambil bersilaturahim sambil menjual lah..Tunggu yo promosi yang den nak gerakkan ni..hehe

Friday, October 23, 2009

Adat, Peraturan dan Perubahan

Khamis 22 oktober saya cuba "membekukan" diri di perpustakaan....konon ingin mencari LR untuk Research..aircon yg sejuk menyebabkan perut lapar....apa lagi menyentap makanan yg dibekal dari rumah..kuih raya sahaja..."tolong jangan makan dalam library ye"..terdengar suara yg biasa didengari...saya tersenggeh je...malu and tebal muka..terus terkenang sewaktu saya melawat perpustakaan di sebuah politeknik di negara jiran..."Cafe pun ada dalam library!..sambil membaca buku,sambil tu mengunyah...student semua lepak2 di lantai..ada dibucu sana dan sini..sebelah lain asyik dengan melihat EPL..selebihnya diruang lain menegok TV...lain betul cultural di sini! peraturannya sebegitu menyebabkan selesa dengan persekitaran..tapi adat dan peraturan library mesti senyap, tak boleh makan begitu kan..tetapi mengapa ada perubahan...sudah semestian ada kemahuan untuk berkeadaan sebegitu...galakan student ke library kah???persoalan yg berlegar di minda..perlu kah kita berubah???satu persoalan

Sunday, October 18, 2009

SuSU Formula VS Akhlak

Semalam sembang dengan bapa saudara..anak saya sungguh cergas beraksi..waktu orang datang kerumah si anak menunjukkan "action dan lakonan"..Kau kene ajar anak kau ni..dia memang cergas dan cerdas nampaknya...Si anak pada masa tu sudah cuba membaling objek di TV!..Lihat!setinggi mana letak TV dia pasti ada pemikiran nak sentuh jugak!..susu sekarang sememangnya untuk formula kecerdikan tapi tiada susu formula untuk jadi baik akhlak!..Betul-betul.betul..macam upin ipin Pak saudara menyokong..Sambung saya, semua orang nak anaknya cerdik..tetapi perlu ditambah akhlak yang baik...akhlak dan iman tidak dapat diwarisi melalui darah..walau sebaik mana ayah dan ibunya..tetapi kebaikan itu tidak mengalir darah kepada si anak..tetapi perlu dipupuk dari bermulanya kehidupan seseorang! kerana ia bersangkut paut dengan sumber halal yg diperoleh...perkara ini sememangnya banyak dinasihatkan oleh alim ulamak..terpulang pada diri sendiri sama ada mahu atau tak mahu (kempen anti rokok) dan..dan kadang-kadang anak adalah sebagai ujian kepada kita>>>METRO hari ini (18 Oktober 2009) muka depan memaparkan gejala membuang anak! Bangsa Melayukah beragama Islam yang paling ketara dalam gejala ini??? Apa tindakan kita jika berlaku pada anak2 kita dan sanak saudara??Fikir2 kan...

Saturday, October 10, 2009

Ilmu Sedikit Mahu dikongsi

Harini dalam sejarah..seorang yang punyai sedikit ilmu ingin menjual buku! Ceh..cuba tanya pensyarah2 di U...berapa banyak mereka tulis buku?Soalan yg ada jawapan tapi mengecewakan..Tapi adakah perlu titleDr..baru mahu tulis buku....kalau macam tu tak berkembanglah ilmu..ilmu bukan sekadar formal.tapi ilmu itu secara non formal...sekiranyanya Dr tahu dengan displinnya tapi mungkin tidak tahu dengan pengalaman seorang nelayan dengan jalanya???maka ilmu yg sedikit perlu dikongsi....malah ini berpanjangan sampai dikuburkan ..tidak terputus doa anak soleh kepada ibubapa, tidak terputus harta yang disedekahkan dan tidak terputus ilmu yg disampaikan..Wallahualam

Bagan Pinang Nan Sebatang

Esok 11 oktober 2009 pertandingan politik akan berlaku lagi..dan yang keberapa kali lagi akan berlaku!kita kan saksikan..bagaimana nampaknya hasrat 2 parti mahu memerintah Bagan Pinang ni nanti akan ditentukan esok oleh penduduk disana. Peluang nak mandi ke PD kian tipis..sudah pasti jalan sesak ditutup sana sini..peringatan sudah diberi dikaca tV..pada waktu yang sama keluar pulak cerita Padang yg tengelam dimakan bumi..terbelah buminya amat meruntun perasaan. Antara PD dengan Padang disempadani laut sahaja..tetapi landainya laut sambung menyambung dibawah laut.Peringatan ALLAH lagi besar petunjuknya..Insafilah diri saat kematian dimana sahaja... jgn lalai bagai hidup tak mati2..Walaupun berlainan parti ..Islam tetap dijunjung..kerna dengan nikmat Islam segala dibumi ini menjadi makmur..Amin

Monday, October 05, 2009

Rumah terbuka lagi

Rumah terbuka Hari raya masih lagi berjalan...2 hari yang lalu masih lagi mendapat undangan..seboleh2 nya cuba memenuhi undangan tersebut..sudah semestinya dijamukan dengan makan yang lazat..tapi ape yang penting dapat mengeratkan silaturahim dan berjumpa kawan lama yang semestiannya mengimbas kenangan lampau..tapi beringat-ingat jangan sampai terlupa kewajipan kepada Allah..perancangan masa penting supaya solat tidak ditinggalkan...besrsolat di masjid-masjid yang dikelilingi penduduk golongan atasan turut mewarnai persembahan masjid..secantik mana masjid, tandas perlu dibersihkan dengan sewajarnya.. Kunjungan terdahulu di sebuah masjid yang terkenal Singapura mengingatkan saya kepada keadaan kebersihan dan penjagaan rapi tandas masjid. Seumpama tandas hotel 5 bintang..Itulah saranan dalam agama Islam. Kebersihan itu sebahagian dari iman. Tanya pada diri kita termasuk saya apakah level kebersihan diri, rumah, tandas dan lain-lain lagi disekeliling kita???

Friday, October 02, 2009

renungan sendiri dari khutbah

hari ni jumaat selepas ada jamuan hari raya UPD..khutbah pasal penyakit..sejarah Taun dari zaman sahabat2 lagi di palestin..sekarang palestin habis di ganyang Israel.. Indonesia heboh nak ganyang Malaysia sebab tarian je..padahal Malaysia negara yg sama saja rumpunnya..kenapa tidak ganyang Israel..Biasalah menunjuk kusa pada yang lemah..Pembesar kepada rakyat, pensyarah kepada anak murid, doktor kepada nurse, wakil rakyat kepada rakyat..walhal rakyat yang pilih mereka!!!!...Penyakit H1n1 ada unsur babi menyerang malaysia, dulu pasal JE nipah pasal babi jugak...apa2 makanan dan perubatan semuanya boleh dari babi..babi binatang universal..itulah dugaan Allah kepada umat..nak tengok ketahanan ummah..macam Allah larang bani Israel tangkap ikan..tapi hari yg dilarang tulah banyak ikan....Tadi imam beri peringatan suruh rapatkan saf dan lurus n jgan solat kat tempat yg dia kata tak boleh..tapi masih ada segelintir yg tak fham, atau tak dengar atu buat2 tak faham..peringatan dah diberi tapi kenapa tak ikut...tapi sebenarnya amalan yg kita buat ni nak dapat keredhaannya... itulah renungan muhasabah diri untuk saya..mungkin manfaat jugak untuk tuan/puan